Dua bulan lepas ada aku post entry berkenaan D’ Arab Cafe di Shah Alam yang aku pergi makan sebab kempunan teringin nak makan nasi arab di Restoran Saba, Cyberjaya. Setelah lama aku menahan kempunan tu, bila Dude balik satu weekend ni, aku pun goda-goda lah Dude ajak dia bawak aku makan situ. hahaha
Sebab kitorang datang tu baru nak mula lunch, memang ramai la.. Nasib baik ade gak satu tempat kat dalam…Ada la beberapa tempat kat luar lagi…tapi aku puteri lilin…maka nak duduk dalam jugak!..hehe
Ni la apa aku & Dude order:
NAk tau apa adalam alumunium foil tu? Jap jap aku bukak.. ;p
Ha!..ni la dia yang Dude order:
Hanith Chicken – RM12
Aku plak order:
Hanith Lamb – RM17
MEmang aku punya slalu nak mahal je dari Dude…hehehe
Kitorang kalau datang sini memang sangat suka order masakan jenis Hanith instead of Kabsah dan Mandi. Hanith ni dia kukus dalam aluminium foil atas arang yang dah diletakkan dengan lebih dari 10 jenis herba dan rempah ratus. Acecececece. Menu kat Saba yang kata cenggini, aku translate kan aje… hoho
Tapi siyes ar lembut gilee.. MEmang aku sangat suka nasi arab sini.. Nasi dia sedap.. Sambal tomato dia tu memang aku akan mintak dua bekas sebab aku sangat suka.. Walaupun portion dia agak besar, tapi tetap aku boleh habis makan sorang. hehehe
Side dish pulak, aku cube ambik yang tak berapa nak mahal mase ni, aku pun ambik la:
Lamb Soup – RM5
Aku tau aku dah order Hanith Lamb, tapi aku order lagi Soup Lamb.. Siyes mase ni aku memang tengah mengidam tanpa pregnant gile lamb. Memang kene cek darah bulan depan ni..haishh..
Anyway, ni first time aku makan sup anak biri-biri. Sedapp wooo.. Aku suke la kesimpulan dia… tak hanyir, rase rempah yang sedang-sedang je (aku x suke sup pekat sangat dgn rempah yang banyak).. Best best.. Boleh order lagi kalau aku tak order Hanith lamb..hehe
Aku selalunye order jugak chocolate puding (RM5) kalau datang sini. Tapi hari tu dah terlebih kenyang pulak. Suke gile dengan chocolate puding dia yang diletakkan kelapa parut kat atas dia. Dude tak suka, sebab tekstur dia yang lembik – ala2 dadih melayu yang lembik sket tu… Tapi aku sangat suke! hehehe
So, kalau korang nak makan sini, sila la ye calling-calling aku untuk belanja aku k.. hoho
Later! ;p